
Ada yang hijau, ada yang putih. Tapi kalau sudah lapar, makan sahaja lah. Kuih Makmur ini adalah Kuih Melayu Tradisional yang manis diisi dengan inti kacang dan gula halus dan disalut gula ising. Kuih Makmur dikenali sebagai Kuih Makmur, ataupun Biskut Makmur dan ia selalu dimakan apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga serta kawan-kawan. Harganya juga berpatutan dan ia mudah dicari. Kuih Makmur tidak popular dalam budaya terkini kerana ia terlalu manis dan ia juga dikatakan bahawa ia tinggi dalam kolestrol yang tidak bagus untuk kesihatan kita. Namun, ia tetap senang dicari, terutama apabila musim.
Cara-cara membuat Kuih Makmur -
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
Minyak Sapi (ikut kelembutan tepung untuk mengisi intinya)
300 gm kacang tanah
70gm gula halus
Gula ising (untuk salutan)
Cara-
1. Gaulkan tepung,gula halus dan dan Minyak Sapi sehingga lembut untuk dibentukkan.
2. Kacang tanah akan dibakar di dalam ketuhar selama 20 minit (sehingga kulit kacang boleh ditanggalkan dengan senang)
3. Hancurkan kacang dan gaulkan sama-sama dengan gula
4. Ambil gaulan tepung dan bentukkanya ke bentuk bujur, sebesar buah kurma
5. Masukan inti dan bakar dalam suhu 180'C selama 20 sehingga 25 minit
6. Sejukkan dan golekkan dalam gula icing
7. Simpan di dalam bekas yang bersih
Ketika penyediaan, doh tidak perlu diuli terlalu lama kerana haba dari jari-jemari akan mencairkan lemak di dalam doh dan sekiranya tepung ditambah, kuih makmur yang terhasil akan menjadi keras.(1)
:DD
Harap kamu menyukainya!!!
No comments:
Post a Comment