Sunday, July 31, 2011

Kuih Keria


Kuih Keria, adalah seperti Donut Melayu, tetapi Kuih Keria adalah kuih keledek dicampurkan dengan tepung, gula dan garam dan Donut adalah campuran tepung dan gula dan garam sahaja, dan dihias dengan apa-apa manisan. Kuih Keria adalah kuih tradisi yang sudah lama ada, sejak perang dunia, apabila makanan adalah sesuatu yang susah dicari. Ia sering dijamah untuk sarapan ataupun makanan tengahari. Ia boleh dikatakan agak popular dalam budaya kini kerana ciri-cirinya yang sangat serupa seperti Donut.

Bahan bahan -

600 gm keledek
150 gm tepung gandum
3/4 cawan gula putih
Minyak
Garam

Cara membuat -
1. Ubi Keledek dicuci dan direbus sehingga masak
2. Sejukkan Keledek dan buang kulitnya
3. Lenyetkan Ubi Keledek itu dan gaulnya dengan tepun dan garam hingga rata.
3. Ambil sedikit gaulan tersebut dan bentukkanya ke bentuk yang diingini (selalunya berbentuk cincin)
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. GOreng satu persatu sehingga kekuningan.
6. Masak gula dengan sedikit air dan golekkannya ke dalam gula untuk salutan.




:B

No comments:

Post a Comment