Sunday, July 31, 2011

Dodol.


Coklat Jawa, ia adalah nama yang diberikan ibu saya untuk Dodol. Dodol adalah sebuah kudapan yang lazat, ia manis dan ia juga lebih disukai orang apabila dicampurkan dengan perisa durian, tetapi ada yang lebih menggemari dodol asli. Ia sangat terkenal di Indonesia, Malaysia, dan juga di Filipino. Ia juga diketahui yang ia serbaguna kerana ia menggemukkan tetapi ada orang yang menggunakan dodol untuk membuat rawatan muka.

Bahan bahan -
1 gantang (2.8kg) tepung pulut
3 liter air suam
2 liter santan pekat
3 kg gula melaka
3 kg gula pasir

Cara cara -
1. Campurkan tepung pulut dengan air suam
2. Masukkan gaulan ke dalam kuali dan masak (api sederhana)
4. Masukkan santan apabila sudah mendidih
5, Kacau sehingga mendidih dan masukkan gula melaka dan gula pasir
6. Pastikan dikacau selalu supaya tidak melekit
7. Apabila sudah rata, biar sejuk
8. Pontong apabila sejuk

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment